Assalammualaikum wbt...
Baru-baru ini (sabtu 30/3/13) admin dan keluarga telah berpindah ke rumah yang baru, masih dikawasan yang sama tetapi berlainan blok.
Blok yang baru ini 2x ganda tingginya dari blok yang lama. Pada mulanya agak pening juga memikirkan bagaimana nak membawa semua barang-barang dari rumah lama ke rumah yang baru, kerana tidak disediakan lif, tetapi dengan semua bantuan ahli-ahli dari KESUMA caw IPOH, bebanan untuk memindahkan semua barang-barang dari rumah lama admin menjadi mudah.
Secara tidak langsung, kami di KESUMA caw Ipoh dapat meluangkan masa dan melakukan aktiviti bersama. Memandangkan setiap ahli KESUMA caw Ipoh terikat dengan tanggungjawab dan komitmen masing-masing, banyak aktiviti persatuan yang terbatas dan tidak dapat dilakukan lagi pada masa ini,dan kami sepakat untuk menjadikan gotong royong perpindahan admin kerumah yang baru sebagai salah satu daripada aktiviti persatuan.
Paling terharu,kedua-dua Guru Utama KESUMA caw Ipoh sanggup sama-sama turun padang untuk membantu, walaupun mereka sendiri agak sibuk dengan jadual yang padat pada hari itu.
Dibawah ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil, memandangkan admin sendiri pon xmenang tangan buat kerja, terpaksa minta bantuan ahli-ahli yang lain untuk mengambil gambar :)
Gambar-gambar ini admin ambil dari fb k.ina salah seorang ahli KESUMA caw Ipoh.
 |
| Sebahagian dari barang-barang hari itu. |
 |
| Barang-barang dikumpul dan ditarik naik ke atas satu persatu (dari groundfloor ke tingkat 4 ) |
 |
| Proses menaikkan barang |
 |
| Abg 'K' orang kuat untuk hari itu :P |
 |
Guru Utama sama-sama menyinsing lengan baju untuk membantu :) (walaupun baru lepas balik dari program, tetap gagah) |
 |
| Taufik sang BADANG (gambar ini diambil sebelum kaki beliau terkena ekzos motor) |
 |
| Bergembira diatas HILUX :) |
 |
| Wawa dan Adik si budak nakal kecuali Udin hehehehe |
 |
| On the way nak pergi ambil barang-barang dirumah lama diatas HILUX (trip yang entah keberapa) |
 |
K.ina dan Abg, sesi melepaskan lelah (sampai merah muka k.ina huhuhu)
Pada hari itu juga emak admin ada sediakan sedikit makanan untuk mereka yang telah membantu, dari pukul 10 pagi hingga ke 7 lebih barulah selesai sesi pemindahan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru.
Kredit kepada :
1.GURU UTAMA CIKGU SHAM
(SANGGUP BERSUSAH PAYAH DATANG WALAUPUN SIBUK)
2.GURU UTAMA CIKGU FARID (TANPA ANDA BERGELAPLAH KAMI SEKELUARGA)
3. ABG 'K' (TERIMA KASIH DIATAS EHSAN LORI DAN HILUX YANG BEST ITU))
4.KAK INA (TENAGA YANG TIADA TOLOK BANDING)
5.WAWA (TERIMA KASIH UNTUK AIR SEDAP ITU)
6.UDIN (WALAUPUN BERBADAN KURUS TENAGA NYA MASYA ALLAH~~~)
7.TAUFIK (SAMPAI CEDERA PARAH BELIAU, TERIMA KASIH TAUFIK)
8.AYIE,ADIK ABG (WALAUPUN NAKAL, KORANG SANGAT MEMBANTU :p )
Jasa baik anda menolong kami sekeluarga sangat-sangat dihargai.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari".
(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Diharapkan UKHWAH ini dapat membantu kita menuju ALLAH dan menambahkan TAQWA kita kepadaNYA.
Amin.
|
No comments:
Post a Comment