Saturday, 6 December 2014

Kempen Wanita Anti Jenayah (WAJA) dan Demostrasi Asas Mempertahankan Diri Di Kampung Tasek

Assalamualaikum Semua, Kali ini kesuma telah dijemput Untuk mengendalikan Demostrasi Asas Seni Mempertahankan Diri Untuk Wanita Di Kampung Tasek, Ipoh. Seramai 20 orang Ahli terlibat didalam Demostrasi ini.

Monday, 22 September 2014

Pembelian sijil Penghargaan kepada Australian Pencak Silat Federation (APSF)

Kesuma Ipoh telah diamanahkan Oleh Guru Terutama Untuk memberikan sijil penghargaan kepada Australian Pencak Silat Federation kerana sudi melawat gelanggang ipoh. Ianya juga bagi meraikan malam terakhir mereka Di Ipoh sebelum pulang ke Australia. Pembetulan sijil tersebut dilakukan Di Hotel Casuarina Meru. 

Makan malam bersama Team Australian Pencak Silat Federation (APSF) pada 20hb September 2014

Kesuma Ipoh telah mewakili Kesuma Pusat Untuk melayan tetamu-tetamu dari Australia ini melalui makan malam bersama.

Lawatan Oleh Australian Pencak Silat Federation (APSF) ke Gelanggang Ipoh

Kesuma Ipoh amat bertuah kerana Wakil daripada Pasukan Australian Pencak Silat Federation telah melawat gelanggang ipoh. Mereka hadir ke Ipoh kerana menyertai pertandingan pencak silat antarabangsa Anjuran Kementerian Pendidikan Dan Universiti Tun Husain Onn Malaysia (UTHM). Terima Kasih kepada mereka kerana sudi mejejakkan kami ke gelanggang kami. Semoga persahabatan ini Akan berkekalan Dan kerjasama Kita Akan berhasil kelak.

Jemputan Persembahan Silat Dimajlis Perkahwinan Di Chemor

Sekali lagi Kesuma Ipoh telah dijemput Untuk membuat persembahan Dan mengiringi pengantin pada 14hb September 2014 Di Dewan Komuniti Chemor. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.

Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga

Pada 29 Dan 30hb August 2014, team pengurusan Kesuma Ipoh telah menghadiri kursus Kejurulatihan silat olahraga yang dianjurkan Oleh Kesuma Pusat. Seramai 5 orang ahli telah menyertai kursus tersebut. Ianya sebagai persediaan Untuk Kesuma ipoh melahirkan Pesilat-Pesilat yang mantap Untuk diketengahkan seterusnya dapat mengharumkan Nama Kesuma.

Sunday, 10 August 2014

Majlis Perkahwinan Guru Terutama Kesuma

Assalamualaikum semua, Kesuma Ipoh telah dijemput oleh Guru Terutama Kesuma Dr A. Hamid Bin. Desa pada 9hb Ogos 2014 di Lumut, Perak untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan ini. Seramai 13 orang ahli Kesuma telah hadir.