Tuesday, 24 June 2014

Ahli terbaik Bulan May 2014

Assalamualaikum semua, Tahniah kepada Muhammad Syafiq Bin Muhammad Khairul kerana telah berjaya dipilih sekali lagi untuk menjadi ahli terbaik untuk bulan May 2014. Semoga pemilihan ini akan menjadikan beliau semakin bersemangat dan meneruskan prestasi yang cemerlang dimasa akan datang.


Monday, 23 June 2014

Sesi Penamat Peringkat yang kedua Tahun 2014.

Assalamualaikum semua, pada 20hb Jun 2014, Kesuma Ipoh telah melaksanakan program Penamat Peringkat di Gelanggang Pusat Sg. Wangi Sitiawan. Seramai 24 orang ahli telah berjaya menamat peringkat masing-masing. Tahniah kepada semua ahli-ahli yang terlibat.


Wednesday, 18 June 2014

Persembahan Jemputan di Majlis Program Pengijazahan Pintu Tenaga Rohaniah yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia pada 14hb Jun 2014

Assalamualaikum semua, kali ini Kesuma Ipoh berbangga kerana telah dijemput oleh Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia untuk membuat persembahan bagi memeriahkan program Pengijazahan Pintu Tenaga Rohaniah mereka bertempat di Mydin Meru, Ipoh. Seramai 13 orang ahli telah hadir dan membuat persembahan. Moga tali persahabatan yang terbina ini akan menguatkan lagi pengerak-pengerak silat agar bersatu demi memajukan silat ditanah air tercinta ini.