Assalamualaikum semua, sekali lagi Kesuma Ipoh telah dijemput dan diberi kepercayaan untuk membuat persembahan dan pertunjukan silat di hadapan pengantin. Kali ini Kesuma Ipoh telah dijemput oleh saudara Faizal daripada Yayasan Bina Upaya Healthcare Perak untuk memeriahkan majlis perkahwinan beliau di Dewan Institut Latihan Perindustrian Meru, Ipoh. Terima kasih kepada ahli ahli yang telah terlibat didalam majlis terebut serta memberikan komitmen yang sangat baik. Tidak lupa juga kepada ahli ahli lain yang menyokong dan membantu kami ketika majlis sedang berlangsung.
NO PENDAFTARAN PPM-014-08-26022013
Monday, 23 September 2013
Tuesday, 17 September 2013
Kesuma Ipoh Dijemput Untuk Menjayakan Majlis Perkahwinan En. Mohamad Faizal Bin Hussain Dengan Pasangannya Puan Rina Haryaty Binti Abdullah
Assalamualaikum Semua, nampaknya KESUMA Cawangan Ipoh sekali lagi dijemput untuk menjayakan satu lagi Majlis Perkahwinan Di Shah Alam pada 14hb September 2013. Kesuma Ipoh telah menghantar wakil seramai sepuluh orang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah kepada ahli-ahli Kesuma Ipoh yang telah terlibat dan memberikan komitmen yag tinggi terhadap Majlis tersebut.
Sunday, 8 September 2013
Lawatan ke Kg Padang Changkat menziarahi En Abdul Mazin pembuat sejata DiRaja pada 8hb September 2013
Kesuma Ipoh meneruskan program dengan menziarahi En Abdul Mazin iaitu salah seorang pandai besi yang membuat senjata DiRaja. Disini kami berpeluang melihat sendiri bagaimana keris dan senjata-senjata lain dibuat. En Abdul Mazin juga sempat menerangkan proses-proses pembuatan senjata dan menjawab segala soalan yang diajukan oleh ahli-ahli. Ini adalah diantara pengalaman yang tidak akan kami lupakan.
Lawatan Ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Pada 8hb September 2013
Kesuma Ipoh telah melaksanakan salah satu acara seperti yang telah ditetapkan didalam Takwim Kesuma Ipoh 2013. Program kali ini adalah program lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah Di Kuala Kangsar. Seramai 18 orang ahli termasuk 2 Guru Utama Cawangan Ipoh telah menjayakan program ini. Bertolak dari Kg Kepayang, Fair Park pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Galeri didalam pukul 12.00 tengahari.
Tuesday, 3 September 2013
Anugerah Ahli Terbaik Bulan Jun 2013
Assalamualaikum,
Program ahli terbaik ini telah dijalankan semenjak daripada bulan Mac 2013. Tujuan program ini adalah sebagai pemangkin kepada ahli untuk terus hadir ke gelanggang untuk berlatih setiap minggu disamping meraikan mereka. Kali ini giliran Saudari Nurmaisurah Binti Mohd Ramli (Wawa) telah dipilih sebagai ahli terbaik untuk Bulan Jun 2013. Setelah 3 orang sebelum ini gelaran tersebut disandang oleh lelaki, kali ini giliran Saudari Nurmaisurah (Wawa) pula dengan memperolehi jumlah undi terbanyak setakat ini. Tahniah diucapkan kepada saudari Nurmaisurah (Wawa) diatas pemilihan tersebut. Diharap beliau akan berusaha dengan lebih kuat lagi dimasa masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)