Monday, 31 March 2014

Majlis Perkahwinan Saudara Zulhilmi Kesuma Pusat

Assalamualaikum semua, pada 30hb Mac 2013 Kesuma Ipoh telah dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Saudara Zulhilmi Bin Zainol Abidin di Kg Tersusun Lekir Batu 10, Sitiawan. Seramai 9 orang ahli Kesuma Ipoh hadir ke Majlis tersebut. Alhamdulilah persembahan berjalan dengan lancar. 

Monday, 17 March 2014

Persembahan Silat 16hb Mac 2014

Assalamualaikum semua, pada 16hb Mac 2014, Pasukan Persembahan Kesuma Ipoh telah dijemput untuk membuat persembahan silat dimajlis perkahwinan adik kepada Ahli Kesuma Ipoh iaitu Saudari Nur Fidatul Ena. Persembahan dilakukan di Dewan Serbaguna RPT Tekkah 2, Gopeng, Perak. 

Majlis Penamat Peringkat Pada 8hb Mac 2014

Assalamualaikum semua, entry kali ini adalah mengenai majlis penamat peringkat yang diadakan di Gelanggang Utama Kg Sungai Wangi, Air Tawar, Perak. Seramai 20 orang ahli telah melakukan penamat peringkat masing-masing. Kali ini kami berlaku satu kelainan dimana kami tidak mandi limau tetapi digantikan dengan mandi minyak. Walau berdepan dengan perasaan takut tetapi majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.
















Saturday, 8 March 2014

Majlis Bacaan Yasin

Assalamualaikum Semua, kesuma ipoh mengadakan aktiviti bacaan Yasin Di rumah Guru Utama Kesuma ipoh Di Kg Tawas Tambahan, Ipoh pada 6hb Mac 2014. 

Tuesday, 4 March 2014

Pelajar Terbaik Bulan Februari 2014

Assalamualaikum semua, Pihak pengurusan Kesuma Ipoh mengucapkan tahniah kepada saudara Muhammad Syafiq Bin Muhammad Khairul pelajar peringkat 3 telah berjaya dipilih dan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk Bulan Februari 2014. Beliau juga telah mencipta sejarah kerana berjaya dipilih dan dianugerahkan pelajar terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Oktober 2013, Disember 2013 dan Februari 2014. Manakala beliau berkongsi mata undian dengan pelajar terbaik bulan Januari 2014. Semoga beliau akan berusaha lebih gigih lagi dimasa masa akan datang.