Friday, 28 February 2014

Guru Terutama Kesuma Malaysia

Assalamualaikum semua, kali ini Admin memuatkan Gambar Guru Terutama Persatuan Seni Silat Kegayungan Sri Sukma Sakti Malaysia (Kesuma) Iaitu Dr. A. Hamid Bin Desa dan Ahli Jawatankuasa Kesuma Pusat. Gelanggang Utama adalah di Kg Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan.
Dr A. Hamid Bin Desa

AJK Kesuma Pusat

Sunday, 23 February 2014

Gotong Royong Kesuma Ipoh 2014

Assalamualaikum semua, pada 23 Februari 2014, Kesuma Ipoh telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan rumah Guru Utama Kesuma Ipoh yang terletak di Kg Tawas Tambahan, Ipoh. Seramai hampir 15 orang ahli telah hadir untuk turut serta membantu gotong royong tersebut. Pengurusan Kesuma Ipoh mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir. In Sha Allah aktiviti ini akan diteruskan dan mungkin juga melibatkan masyarakat setempat.












Saturday, 8 February 2014

Pelancaran program "Fighter 2015" Kesuma Ipoh

Assalamualaikum Semua, Kali ini kesuma ipoh telah mengorak langkah dengan melancarkan program terbaru Untuk tahun 2014. Program yang diberi Nama, "fighter 2015" adalah khusus melatih ahli-ahli kesuma ipoh yang berpotensi didalam sukan silat olahraga. Program selama setahun ini membabitkan beberapa fasa. Dewan Serbaguna kampung Tawas tambahan telah dipilih sebagai lokasi latihan. Latihan dijalankan pada setiap hari sabtu pada pukul 3 petang hingga 6 petang. Pengarah operasi program adalah guru Utama kesuma ipoh iaitu guru nor Hisam bin Adnan manakala operasi latihan dikendalikan Oleh saudara muhd khairul. Diharap program ini dapat melahirkan altet yang berbakat Dan seterusnya dapat mewakili perak satu hari nanti.

Friday, 7 February 2014

Pelatih Terbaik Bulan Januari 2014

Assalamualaikum semua, kali ini ahli-ahli Kesuma Ipoh telah memilih Saudara Muhammad Amirun Bin Shamsul Ideham sebagai pelatih terbaik untuk bulan Januari 2014. Undi beliau juga adalah sama dengan undi Saudara Muhammad Syafiq Bin Muhammad Khairul iaitu mantan pelatih terbaik Bulan Oktober Dan December 2013. Setelah penelitian dibuat oleh Guru Utama Kesuma Ipoh, Muhammad Amirun Telah berjaya dipilih. Pihak pengurusan Kesuma Ipoh mengucapkan tahniah kepada beliau.