Saturday, 18 May 2013

KEMBALI LAGI :)

ASSALAMMUALAIKUM WBT....

Hampir sebulan lebih blog KESUMA caw IPOH senyap sunyi dari sebarang agenda. Kesibukkan kerja dan lain-lain perkara membuatkan masa untuk mengemaskini blog sangat terbatas.
Didalam entry ini admin akan cuba untuk merangkum semua peristiwa yang telah berlaku sepanjang bulan April yang lepas :)

Ahli terbaik untuk bulan Mac telah pun dipilih berdasarkan sistem undian dari setiap ahli-ahli KESUMA caw IPOH.Kali ini giliran Abg @ Hafiz yang telah dipilih sebulat suara oleh semua ahli-ahli KESUMA caw IPOH.


Sesi penyerahan sijil oleh Cikgu Sham dan Cikgu Farid 

Berikut disertakan biodata beliau......
Saudara Muhammad Hafiz Bin Zulkifli. Berumur 15 tahun, Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Amat meminati sukan bola sepak dan takraw. Bercita cita ingin menjadi seorang guru utama Di dalam KESUMA satu hari nanti. Tahniah kepada beliau.

Dan sekitar penyampaian hadiah kepada ahli-ahli yang lahir pada bulan April  dan Mei baru-baru ini


Abg Khairul - 1 May 2013

Adik @ Hanif - 24 April 2013

Taufik - 6 April 2013


Along - 14 April 2013
Selain itu pada 14hb April KESUMA caw IPOH telah dijemput oleh Jawatankuasa PEMUDA Ipoh Barat untuk membuat persembahan silat sempena perasmian pembukaan Bilik Gerakan PEMUDA Ipoh Barat. Ahli yang terlibat semasa persembahan adalah Udin DAN Abg @ Hafiz.





Setakat ini saja untuk entry kali ini. InsyaAllah blog KESUMA caw IPOH ini akan lebih diupdate dari masa ke masa :) 
Segala pertanyaan bole menghubungi nombor yang tertera disebelah. 


MUTIARA KATA

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat