Entry untuk minggu ini agak lambat di update, disebabkan tuntutan kerja dan juga aktiviti harian admin yang agak padat :)
Hari selasa 26/3/2013 baru-baru ini. sesi latihan digelanggang KESUMA caw Ipoh telah berjalan seperti biasa. Dan pada malam latihan itu juga kami menerima pertambahan ahli baru.
(admin lupa nak ambil gambar dia ) Baru berumur 11 tahun, Faris namanya. Diharapkan semoga adik Faris bersemangat untuk meneruskan latihan hingga ke hari penamat nanti. Kami di KESUMA caw Ipoh sangat mengalu-alukan kedatangan Faris.
Baru-baru ini KESUMA caw Ipoh telah menjalankan undian untuk mencari AHLI TERBAIK untuk bulan Februari. Undian telah dijalankan selama 2 minggu, setiap ahli diminta untuk mengundi 4 nama ahli yang dirasakan terbaik pada bulan Februari.
Hasil undian telah sebulat suara memilih Udin (Muhammad Jamaluddin bin Shahrul Kamar) untuk diumumkan sebagai AHLI TERBAIK BAGI BULAN FEBRUARI
Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Guru Utama Sham dan Guru Utama Farid, selepas selesai sesi latihan.
Dengan ini diharapkan Udin akan terus mengekalkan prestasi dan dedikasi yang tinggi kepada persatuan. Kami di KESUMA caw Ipoh sangat menghargai dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli gelanggang yang lain. Semoga dengan penganugerahan ini dapat membakar semangat setiap ahli-ahli yang lain untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. :)
Ingin ditegaskan disini, sijil atau apa pun anugerah yang diberi bukanlah kayu pengukur untuk membolehkan kita mendabik dada dan merasa kita yang terbaik. Apa yang diberi hanyalah untuk menghargai usaha dan menggalakkan semua ahli di KESUMA caw Ipoh untuk menjadikan persatuan kita lebih baik lagi pada masa akan datang.

No comments:
Post a Comment