Thursday, 28 March 2013

AHLI TERBAIK KESUMA caw IPOH

Assalammualaikum wbt...

Entry untuk minggu ini agak lambat di update, disebabkan tuntutan kerja dan juga aktiviti harian admin yang agak padat :)

Hari selasa 26/3/2013 baru-baru ini. sesi latihan digelanggang KESUMA caw Ipoh telah berjalan seperti biasa. Dan pada malam latihan itu juga kami menerima pertambahan ahli baru.
(admin lupa nak ambil gambar dia ) Baru berumur 11 tahun, Faris namanya. Diharapkan semoga adik Faris bersemangat untuk meneruskan latihan hingga ke hari penamat nanti. Kami di KESUMA caw Ipoh sangat mengalu-alukan kedatangan Faris.

Baru-baru ini KESUMA caw Ipoh telah menjalankan undian untuk mencari AHLI TERBAIK untuk bulan Februari. Undian telah dijalankan selama 2 minggu, setiap ahli diminta untuk mengundi 4 nama ahli yang dirasakan terbaik pada bulan Februari.

Hasil undian telah sebulat suara memilih Udin (Muhammad Jamaluddin bin Shahrul Kamar) untuk diumumkan sebagai AHLI TERBAIK BAGI BULAN FEBRUARI 


Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Guru Utama Sham dan Guru Utama Farid, selepas selesai sesi latihan.

Dengan ini diharapkan Udin akan terus mengekalkan prestasi dan dedikasi yang tinggi kepada persatuan. Kami di KESUMA caw Ipoh sangat menghargai dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli gelanggang yang lain. Semoga dengan penganugerahan ini dapat membakar semangat setiap ahli-ahli yang lain untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. :)

Ingin ditegaskan disini, sijil atau apa pun anugerah yang diberi bukanlah kayu pengukur untuk membolehkan kita mendabik dada dan merasa kita yang terbaik. Apa yang diberi hanyalah untuk menghargai usaha dan menggalakkan semua ahli di KESUMA caw Ipoh untuk menjadikan persatuan kita lebih baik lagi pada masa akan datang.





"teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik..
walaupun tidak ramai orang mengenalimu,
cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain..
jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat
hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat..
setiap yang baik itu datangnya dari Allah,
manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri "






Saturday, 23 March 2013

GAMBAR PEMBUKAAN GELANGGANG

Assalammualaikum, wbt...

Pada entry yang pertama dahulu, telah pun diceritakan serba sedikit mengenai penubuhan gelanggang KESUMA caw Ipoh dari awal pimpinan hingga kepada pimpinan sekarang (dibawah pimpinan Guru Utama Cikgu Sham).

Entry kali ini disertakan gambar-gambar semasa pembukaan gelanggang KESUMA caw Ipoh (Kg Kepayang Fair Park). 

Guru Terutama Dr.A Hamid Desa telah menerajui majlis, Bonda Dayang Abibah, Panglima Merah (En.Julias) dan juga Panglima Putih (En. Zul) turut serta bersama-sama didalam majlis tersebut. (Sekadar menyebut beberapa nama).























Gambar-gambar diambil dari KLIK DISINI

PENGHARGAAN / TERIMA KASIH :

BONDA DAYANG ABIBAH
PANGLIMA PUTIH EN. ZUL
KESUMA (SILA LIKE)

Diatas keizinan yang diberikan untuk gambar-gambar tersebut.
 :)

Sunday, 17 March 2013

KEMPEN KESEDARAN BERKOPERASI

Assalammualaikum wbt.

Hari ini Gelanggang KESUMA caw Ipoh telah diundang membuat persembahan di Kempen Kesedaran Berkoperasi peringkat PARLIMEN Ipoh Barat anjuran PEMUDA UMNO IPOH BARAT, SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan KOSETIA (Koperasi Setiakawan Perak Berhad)


Program yang sepatutnya berlangsung pada pukul 5 petang telah ditangguhkan kepada 8 malam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun waktu persembahan telah ditukar namun komitmen setiap ahli yang terlibat sangat tinggi dan mengagumkan.
Tahniah diucapkan kepada :


1.ABG KHAIRUL
2.FARID
3.TAUFIQ
4.AYIE
5.UDIN
6.ADIK
7.ABANG
8.SHAHZANI

Walaupun masing-masing merasa sedikit berdebar pada mulanya, tetapi perasaan itu tidak menghalang untuk mereka melakukan yang terbaik bagi pihak KESUMA caw Ipoh.

Persembahan slot yang pertama dimulakan oleh Udin & Abang.






Slot persembahan yang kedua pula Abg Khairul,Taufik.Adik,Shazani.






Dan sesi slot yang terkahir Farid & Ayie.






Persembahan malam tadi boleh dikirakan antara persembahan yang terbaik setakat ini.
Setelah selesai melakukan persambahan, semua ahli yang terlibat telah diberikan sijil penyertaan.

P/S: Kami mengalu-alukan penyertaan ahli yang baru kegelanggang kami.anda boleh menghunubungi terus ke nombor yang telah dinyatakn diruangan sebelah.

:)

sekian~~


Saturday, 16 March 2013

PENGENALAN PSSGGNP CAWANGAN IPOH

ASSALAMMUALAIKUM WBT.
Persatuan Seni Silat Kegayungan Sri Sukma Sakti Malaysia Cawangan Ipoh atau dalam bahasa ringkasnya KESUMA Cawangan Ipoh, telah ditubuhkan secara rasminya seawal tahun 2000.

Pada awalnya gelanggang ini diterajui oleh Cikgu Razmi, telah dijalankan sehingga ke satu masa, dan telah diambil alih oleh Sdr Julias juga dikenali sekarang sebagai Panglima Merah.

Pada tahun 2007 gelanggang Ipoh telah ditangguhkan diatas sebab-sebab tertentu.
Sehinggalah tahun 2012,
Sebelum Sdr Sham selaku Guru Utama gelanggang Ipoh  mengambil alih, telah diadakan perasmian pembukaan gelanggang Ipoh, yang dirasmikan oleh Guru Terutama Dr.A Hamid bin Desa.

Selepas perasmian tersebut, segala pelaksanaan dan tanggungjawab telah dikawal selia oleh Guru Utama Sdr.Sham selama setahun.
Sehingga mesyuarat agung yang pertama telah diadakan pada 27 hb Disember 2012.
Hasil daripada mesyuarat agung tersebut, jawatankuasa yang baru telah diwujudkan.

Untuk pengetahuan, sebelum nama Persatuan Seni Silat Kegayungan Sri Sukma Sakti Malaysia adalah Persatuan Seni Silat Gayung Negeri Perak.

Carta Organisasi AJK yang baru





AKTIVITI-AKTIVIT PERSATUAN.

Pada tahun 2012, KESUMA caw Ipoh telah melakukan sesi penamat peringkat sebanyak dua kali, sesi tersebut telah dilakukan di gelanggang pusat KESUMA di manjung.Setelah selesai ujian penamat,setiap ahli ditauliahkan bengkung mengikut warna peringkat masing-masing. Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari penamat tersebut.






















Selain itu di KESUMA caw Ipoh juga aktif dalam melakukan persembahan diluar gelanggang. Diantaranya dimajlis-majlis formal.

PERSEMBAHAN DI BANGUNAN UMNO NEGERI







PERSEMBAHAN DI DEWN BANDARAYA IPOH











 
Bersama YDP PESAKA PERAK Dato Zainol Paharudin


INFO

Gelanggang KESUMA caw Ipoh bertempat di Kg Kepayang Fair Park
Latihan diadakan setiap hari SELASA pukul 9.00 malam sehingga 11.00 malam

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nama dan nombor yang tertera disebelah, ataupun boleh diajukan terus ke inbox mesej.