Assalamualaikum semua, Pihak pengurusan Kesuma Ipoh mengucapkan tahniah kepada saudara Muhammad Syafiq Bin Muhammad Khairul pelajar peringkat 3 telah berjaya dipilih dan dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk Bulan Februari 2014. Beliau juga telah mencipta sejarah kerana berjaya dipilih dan dianugerahkan pelajar terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Oktober 2013, Disember 2013 dan Februari 2014. Manakala beliau berkongsi mata undian dengan pelajar terbaik bulan Januari 2014. Semoga beliau akan berusaha lebih gigih lagi dimasa masa akan datang.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment