Tuesday, 3 September 2013

Anugerah Ahli Terbaik Bulan Jun 2013

Assalamualaikum,

Program ahli terbaik ini telah dijalankan semenjak daripada bulan Mac 2013. Tujuan program ini adalah sebagai pemangkin kepada ahli untuk terus hadir ke gelanggang untuk berlatih setiap minggu disamping meraikan mereka. Kali ini giliran Saudari Nurmaisurah Binti Mohd Ramli (Wawa) telah dipilih sebagai ahli terbaik untuk Bulan Jun 2013. Setelah 3 orang sebelum ini gelaran tersebut disandang oleh lelaki, kali ini giliran Saudari Nurmaisurah (Wawa) pula dengan memperolehi jumlah undi terbanyak setakat ini. Tahniah diucapkan kepada saudari Nurmaisurah (Wawa) diatas pemilihan tersebut. Diharap beliau akan berusaha dengan lebih kuat lagi dimasa masa akan datang.

No comments:

Post a Comment