Pada 26hb Julai 2013 bersamaan dengan hari Jumaat pada pukul 4.15 ptg satu Mesyuarat AJK Tertinggi Kesuma Ipoh telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Kepayang, Fair Park. Daripada 11 orang AJK Tertinggi Kesuma Ipoh hanya 7 orang sahaja yang dapat hadir. Alhamdulilah, Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mesyuarat tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat beberapa perubahan didalam struktur organisasi Kesuma Ipoh dimana perlantikan AJK baru dan perlantikan Setiausaha baru telah dilakukan. AJK baru itu adalah penambahan yang dilakukan oleh pengurusan memandangkan AJK baru yang dilantik itu mempunyai peranan yang boleh membantu Kesuma Ipoh untuk terus maju. Perlantikan Setiausaha baru pula adalah disebabkan oleh perletakan jawatan oleh Setiausaha sebelum ini.
Sekian sahaja entry admin pada kali ini diharap dalam ketemu lagi. Salam Ramadhan.



No comments:
Post a Comment